CREATIVE BRIEF VIDEO SARUNG

BRAND

SARUNG

TAGLINE

Tudung Harian Kemas & Selesa

SLOGAN

Sarung Je, Dah Siap!


LATAR BELAKANG BRAND

SARUNG dihasilkan khas untuk wanita yang mahukan tudung yang mudah dipakai setiap hari.

Ia bukan tudung untuk majlis atau acara khas.

Sebaliknya, SARUNG direka untuk menemani rutin harian wanita seperti:

• Sidai kain
• Pergi pasar
• Ambil parcel
• Sambut tetamu
• Siram pokok
• Sapu halaman rumah
• Hantar atau ambil anak
• Pergi kedai runcit
• Aktiviti gotong-royong

Fokus utama SARUNG ialah:

✓ Keselesaan
✓ Kemudahan
✓ Kekemasan
✓ Praktikal untuk kegunaan harian


SAIZ PRODUK

S

Lilit Muka : 22″

Labuh Depan : 17″ (+/-1″)

Labuh Belakang : 26″ (+/-1″)

Cadangan:
Dewasa berbadan kecil


M

Lilit Muka : 22.5″

Labuh Depan : 17″ (+/-1″)

Labuh Belakang : 26″ (+/-1″)

Cadangan:
Kebanyakan wanita sesuai

(Muka sedikit cuby juga sesuai)


L

Lilit Muka : 22″

Labuh Depan : 19″ (+/-1″)

Labuh Belakang : 28″ (+/-1″)

Cadangan:
Wanita yang sukakan tudung lebih labuh


XL

Lilit Muka : 23″

Labuh Depan : 19″ (+/-1″)

Labuh Belakang : 28″ (+/-1″)

Cadangan:
Mahukan liputan lebih dan lebih labuh


KELEBIHAN UTAMA PRODUK

✓ Material Lycra Elastik

✓ Ringan Dipakai

✓ Sejuk & Selesa

✓ Menyerap Peluh

✓ Mudah Sarung

✓ Mudah Dijaga

✓ Cepat Kering

✓ Kurang Berkedut

✓ Boleh Terus Dipakai Selepas Kering*

✓ Kemas Dipakai Untuk Aktiviti Harian

✓ Sesuai Untuk Kegunaan Harian Wanita terutama golongan surirumah

*Untuk hasil yang lebih kemas, boleh digosok seperti biasa.


JENIS VIDEO YANG DIINGINKAN

UTAMA:

Brand Awareness + Soft Sell

Gaya video:

• Natural
• Relatable
• Menyentuh kehidupan wanita biasa
• Fokus kepada rutin harian
• Suasana kampung atau taman perumahan
• Tidak terlalu nampak iklan

Kurangkan:

• Catwalk
• Fashion show
• Model posing berlebihan
• Gaya influencer
• Vibe tudung fashion


PLATFORM VIDEO

Utama:

• Facebook
• TikTok

Tambahan:

• Instagram Reels
• Website


DNA SARUNG

SARUNG bukan sekadar produk tudung.

SARUNG ialah produk gaya hidup wanita biasa.

Apabila penonton melihat video SARUNG, mereka sepatutnya berkata:

“Eh, macam aku je.”

Bukan:

“Cantiknya model tu.”

Jika orang memuji model, video kurang mencapai objektif.

Jika orang rasa dirinya berada dalam video tersebut, video berjaya.

*Tapi model jangan la tak cantik pula… sedap mata memandang la hehe, model cantik penting juga, cuma fokus pada situasi pakai harian. Baju harian bukan baju nak pergi shoping mall.


FOKUS VIDEO

SARUNG bukan hero.

Wanita itu hero.

Tudung hanyalah teman kepada rutin hariannya.

Jangan terlalu banyak close-up tudung.

Sebaliknya, tunjuk bagaimana tudung menemani aktiviti harian wanita.


LOKASI YANG DIGALAKKAN

✓ Rumah kampung

✓ Taman perumahan biasa

✓ Halaman rumah

✓ Ampaian baju

✓ Dapur rumah

✓ Pasar pagi

✓ Kedai runcit

✓ Kebun kecil

✓ Ruang tamu rumah


LOKASI YANG KURANG SESUAI

✗ Hotel mewah

✗ Kafe hipster

✗ Shopping mall mewah

✗ Studio kosong

✗ Lokasi terlalu eksklusif


WATAK YANG SESUAI

✓ Wanita matang

✓ Surirumah

✓ Ibu

✓ Wajah mesra

✓ Natural

✓ Nampak seperti wanita biasa

Tidak semestinya model profesional.

Kadang-kadang wanita berusia 30–50 tahun lebih sesuai untuk membawa jiwa SARUNG.


KONSEP VIDEO YANG DIGALAKKAN

  1. Tudung Di Belakang Pintu

Tudung tergantung di belakang pintu.

Bunyi motor rider sampai.

Wanita capai tudung.

Sarung.

Terus keluar ambil parcel.


  1. Sidai Kain

Wanita menyidai pakaian.

Tudung dipakai sepanjang aktiviti.

Simple dan real.


  1. Pergi Pasar

Wanita membeli ikan atau sayur.

Suasana pasar pagi.


  1. Sapu Halaman Rumah

Suasana pagi yang tenang.

Aktiviti harian biasa.


  1. Bagi Ayam Makan

Suasana kampung.

Natural dan dekat dengan kehidupan sebenar.


  1. Gotong Royong

Melapah korban.

Memasak kenduri.

Aktiviti komuniti.


EMOSI YANG PERLU DISAMPAIKAN

SARUNG bukan menjual tudung.

SARUNG menjual:

✓ Keselesaan

✓ Kemudahan

✓ Ketenangan

✓ Kehidupan Harian

✓ Rasa “senang”

✓ Rasa “tak perlu fikir banyak”


AYAT PANDUAN UNTUK VIDEOGRAPHER

“Bukan tudung untuk hari istimewa.

Tetapi tudung yang sentiasa dicapai setiap hari.”

Jika setiap scene menjawab soalan:

“Adakah ini situasi yang membuatkan wanita capai SARUNG?”

Maka scene tersebut sesuai untuk brand SARUNG.


WORDING WAJIB MASUK

SARUNG

Tudung Harian Kemas & Selesa

Sarung Je, Dah Siap!

Material Lycra Elastik

Ringan & Selesa

Serap Peluh

Cepat Kering

Kurang Berkedut

Sesuai Untuk Aktiviti Harian

Harga Serendah RM19.90 Sahaja


Gambar Rujukan

logo